Khamis, 13 Disember 2012


Flexed Arm Hang Test

Tujuan:

Menguji kekuatan dan daya tahan otot bahagian atas badan terutamanya otot dada, bahu dan biceps.
Keputusan ujian adalah berdasarkan catatan masa yang dilakukan.

SENAMAN


Sedikit panduan senaman.  Pastikan anda melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum melakukan senaman regangan statik seperti dalam gambarajah di bawah.  Aktiviti memanaskan badan penting bagi memastikan otot utama bersedia untuk melakukan beban yang lebih berat serta memingkatkan suhu badan serta meningkatkan aliran darah dan denyutan nadi.  Aktiviti memanskan badan boleh dilakukan selama 5 minit mengikut kesesuaian.  Apabila kadar denyutan nadi anda sudah melebih 120bpm, maka anda boleh melakukan aktiviti regangan.


senaman regangan statik hanya dilakukan selepas melakukan aktiviti memanaskan badan.  Ini penitng bagi mengelakkan sebarang kecederaan semasa bersenam.

Rabu, 12 Disember 2012

Roket Air

Projek dimulakan pada awal tahun 2011 dan telah menempa kejayaan yang agak memberansangkan.
Bermula dengan "zero experience" saya mengambil masa 4 bulan untuk membuat sendiri projek ini.  Dengan rujukan yang terhad dan pengetahuan yang tiada langsung teknologi pelancaran roket air saya boleh bergembira setelah 4 bulan mencuba dan gagal, saya berjaya mencipta sendiri pelancar roket.

Pada peringkat pertama tumupuan saya dalam projek ini ialah membuat / mencipata sendiri pelancar roket. Sepanjang tempoh empat bulan saya mencipa lebih daripada 12 buah pelancar yang dinaiktaraf hinggakan saya berjaya mencipa pelancar yang 14 dan agak sempurna.

Peringkat kedua pula saya memberi tumpuan kepada mencipta roket air menggunakan botol air berkarbonat 1.5 liter.  Pada peringkat ini tidak banyak masalah yang dihadapi.  Stok botol pun banyak lagi selepas perayaan krismas dan tahun baru cina.  berjaya mencipa roket jenis sasaran dengan baik dan mencapat formula yang sesuai untuk mencapai jarak lebih 100meter.  Mengenalpasti material yang sesuai untuk dijadikan bahan asas binaan roket.

Peringkat ketiga agak kritikal.  Tiada rujukan dan hanya berpandukan kepada logjik akan dan sedikit pengetahuan sains.  Saya cuba mencipata roket payung terjun.  Beberapa masalah yang kritikal pada peringakt awal.  Pertama ialah membuat payung daripada kertas plastik nipis.  Kedua pula ialah sistem bukaan payung dan ketiga ialah bagimana mengikat dan  memasang payung.  Setelah beberapa minggu mencuba akhirnya berjaya mengatasi masalah pertama dan kedua.  Masalah ketiga masih menjadi perkara utama yang memeningkan.

Dengan pengetahuan yang cetek saya melatih beberapa orang pelajar untuk mewakili sekolah bagi menyertai pertandingan pelancaran roket peringkat bahagian mukah.  Dengan persediaan yang tidak seberapa dan pengetahuan yang terhad, pasukan saya hampir menjadi Juara.  Malanngnya kesilapan teknil menyebabkan tewas untuk kategori sasaran.  Namum masih boleh berbangga disebabkan mendapat Johan untuk kategori payung terjun.  Satu pencapaian yang luar biasa bagi pasukan yang baru menyertai pertandingan ini.

2012


Tahun yang agak membanggakan kerana pencapaian pasukan lebih baik dari sebelum ini.  Berjaya menjadi JOHAN peringkat bahagian mukah dan layak untuk pergi ke Peringkat Negeri.  Sekadar no 4 pada peringkat negeri.  Tewas kerana aspek teknikal peserta dan unsur sabotaj tuan rumah yang sengaja menyediakan bahan yang tidak sesuai dan tidak standard.  Apa pun semua ini telah memberikan pengalaman yang sangat berguna kepada pasukan roket

2013... mengundur diri kot...
hehehehehe..

IDPE 50 METRES SPRINT PHYSICAL TEST HD

The Agility

Agility, sometimes referred to as the maneuverability of the body, it is the ability to rapidly change the position and direction of the body or body parts.  Heredity is a major factor in an individual's level of agility, but agility also depends on strength, speed, coordination and dynamic balance.  Many individuals are able to improve agility by increasing their ability in these areas.  Agility can also improve through direct instruction, training and practice agility drills.

Why Important?

Agility is important in all activities and sports.  Individual and team sports involve quick starts and stops, rapid changes of direction, efficient footwork, and quick adjustments of the  body or body parts.