PEPERIKSAAN



1.    Mengapakah Daya tahan kardiovaskular dikatakan sebagai komponen terpenting dalam profil fisiologi manusia ?

A.    Menyokong sistem fisiologi
B.    Sebagai Penghantar  oksigen
C.   Sebagai Pengeluar
D.   Pelengkap sistem manusia

2.    Sistem peredaran darah manusia dikenali sebagai sistem peredaran tertutup.  Apakah dua sistem peredaran darah manusia ?

A.    Pulmonari dan Plumonari
B.    Sistematik dan Sistemik
C.   Plumonari dan Sistematik
D.   Pulmonari dan Sistemik

Soalan 3 hingga 6 berdasarkan maklumat di bawah.

A.    Penghantar
B.    Pengeluar
C.   Penghalang
D.   Pengekal

3.    … membawa karbon dioksida dan sisa hasil metabolisme daripada setiap sel di dalam badan.

4.    … hipotalamus akan mengarahkan sistem kardiovaskular mengepam lebih banyak darah ke kulit.

5.    … oksigen dan nutrien ke setiap sel di dalam badan melalui darah yang dipam oleh jantung.

6.    … dehidrasi dan infeksi dengan mengekalkan tahap cecair pada kadar yang sesuai.

7.    Manakah antara aktiviti berikut berkesan untuk meningkatkan kecergasan kardiovaskular dan status kesihatan keseluruhannya ?

A.    Berlari
B.    Berbasikal
C.   Berjalan kaki
D.   Banyak berpeluh

8.    Manakah antara berikut BUKAN merupakan faedah melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum aktiviti fizikal ?

A.    Badan berpeluh banyak dan sihat
B.    Mengelakkan kecederaan otot
C.   Melancarkan pengaliran darah
D.   Meningkatkan suhu badan

Soalan 9 hingga 12 berdasarkan maklumat di bawah.

A.    Saiz ruang
B.    Isi padu
C.   Output kardiak
D.   Ketebalan otot dinding ventrikel kiri
9.    Meningkatkan daya kontraksi otot dinding tersebut.

10.  .. pengisian ventrikel kiri akan meningkat dan ini membolehkan lebih banyak isi padu darah mengisi ventrikel kiri.

11.  .. mengalami hipertrofi kesan daripada latihan daya tahan kardiovaskular.

12.  .. isi padu darah yang dipam keluar oleh jantung dalam satu minit.


Soalan 13 hingga 16 berdasarkan maklumat di bawah.

A.    Ujian Senaman berperingkat
B.    Ujian tekanan darah
C.   Ujian air kencing
D.   Pemeriksaan sendiri payu dara

13.  Apakah nama ujian untuk mengesan penyakit diabetis ?

14.  Apakah nama ujian untuk mengesan penyakit hipertensi ?

15.  Apakah nama ujian untuk mengesan penyakit kanser ?

16.  Apakah nama ujian untuk mengesan penyakit jantung ?

17.   Apakah BMI untuk individu yang dilabel sebagai lampau Obes?

A.    25 – 29
B.    30 – 39
C.   40 dan ke atas
D.   Tidak ada yang berkaitan


18.  Manakah antara berikut merupakan punca berlakunya penyakit kronik di kalangan masyarakat pada hari ini ?

A.    Gaya hidup moden
B.    Kurang zat makanan
C.   Hidup mewah dan senang
D.   Pemakanan tidak seimbang

19.  Pengambilan makanan berkarbohidrat akan menghasilkan gula ringkas dalam badan.  Apakah kumpulan gula ringkas tersebut?

I.      Glukos
II.    Sukros
III.   Frukos
IV.  Galaktos

A.    I, II dan III
B.    I, II dan IV
C.   II, III dan IV
D.   I, III dan IV


20.  Bagaimanakah komposisi badan diukur ?

A.    Membandingkan berat badan dengan umur individu.
B.    Membandingkan berat badan dengan tinggi individu.
C.   Membandingkan umur dengan tinggi individu.
D.   Membandingkan umur, berat badan dan tinggi individu.

Soalan 21 berdasarkan penyataan di bawah.

.. kemampuan untuk melakukan aktiviti seharian tanpa cepat berasa letih serta mempunyai lebihan tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan..


21.  Fakta di atas menggambarkan konsep salah satu komponen kecergasan.  Apakah komponen tersebut ?

A.    Kecergasan fizikal
B.    Kecergasan mental
C.   Kecergasan sosial
D.   Kecergasan emosi

22.  Salur darah manakah yang terlibat mengangkut darah beroksigen ke jantung dan dipam untuk diagihkan ke sel – sel tisu badan ?

A.    Vena
B.    Arteri
C.   Kapilari
D.   Alveolus

23.  Nyatakan salah satu fungsi sistem kardiovaskular ?

A.    Mengepam darah ke seluruh tubuh
B.    Mengawal dan menyelaras hormon
C.   Menghasilkan limfisot
D.   Menghasilkan sel – sel darah merah

24.  Manakah antara berikut merupakan faedah memiliki kemahiran yang baik dalam sesuatu permainan atau sukan?

A.    Dikagumi oleh pemain lain
B.    Menguasai permainan dengan baik
C.   Mengelakkan kecederaan
D.   Semua di atas.

25.  Apakah nama permainan yang mengutamakan komponen kecergasan daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot dan ketangkasan ?

A.    Bowling Padang
B.    Bola Tampar
C.   Sepak Takraw
D.   Bola Keranjang
26.  Apakah material yang tidak  digunakan sebagai permukaan gelanggang bola keranjang?

A.    Kayu
B.    Simen
C.   Bahan sintetik
D.   Rumput

27.  Manakah antara berikut merupakan posisi pemain bola keranjang?

A.    guard, keeper, forward
B.    wingger, keeper, guard
C.   striker, midfield, forward
D.   forward, center, guard

28.  Manakah antara berikut betul berkaitan dengan pembahagian mata dalam permainan bola keranjang?

A.    Luar kawasan gol 4 mata
B.    Luar kawasan gol 3 mata
C.   Dalam kawasan gol 3 mata
D.   Dalam kawasan gol 1 mata

29.  Apakah tujuan ujian tekanan darah dijalankan?
A.    Mengesan penyakit diabetis melitus
B.    Mengesan penyakit hipertensi
C.   Mengesan penyakit jantung
D.   Mengesan penyakit ulser peptik

30.  Manakah yang berikut menunjukkan tahap tekanan darah tinggi?

A.    120/80 mmHg
B.    110/70 mmHg
C.   140/90 mmHg
D.   160/95 mmHg





31.   Manakah antara berikut bukan merupakan tanda – tanda awal kanser payu dara ?

A.    Perubahan luar biasa pada bentuk dan saiz payu dara.
B.    Benjolan di payu dara atau di ketiak
C.   Saiz payu dara besar sebelah
D.   Pendarahan atau lelehan luar biasa dari puting payu dara.

32.  Manakah antara kandungan makanan berikut tidak membantu melindungi daripada diserang penyakit jantung?

A.    antioksidan
B.    asid lemak omega-3
C.   fitokimia
D.   lemak tepu

33.  Radang kelenjar sebaceous juga dikenali sebagai…

A.    Jerawat
B.    Jeragat
C.   Bisul
D.   Beguk

34.  Yang manakah antara berikut benar mengenai tanda – tanda stress ?

A.    reaksi perasaan
B.    sukar membuat keputusan
C.   perubahan perlakuan
D.   lulus dalam peperiksaan

35. Apakah kandungan darah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen dalam proses membekalkan oksigen ke seluruh anggota badan?

A.   Alveolus
B.   Arteri
C.   Cecair
D.   Hemoglobin

36. Manakah antara berikut merupakan hasil daripada campuran oksigen dan hemoglobin dalam darah ?

A.   Darah beroksigen
B.   Oksi hemoglobin
C.   Darah nyah oksigen
D.   Aksi hemoglobin

37. Manakah antara berikut merupakan fungsi alveolus dalam paru – paru ?

A.   Membantu dalam sistem pernafasan
B.   Meresap oksigen ke dalam salur darah
C.   Meresap karbon dioksida dalam darah
D.   Menapis oksigen yang masuk

38. Apakah fungsi arteri dalam sistem kardiovaskular?

A.   Mengeluarkan gas karbon dioksida
B.   Mengalirkan darah beroksigen
C.   Menghantar balik darah ke jantung
D.   Tempat darah mengalir dalam badan

39. Keupayaan jantung dapat ditingkatkan dengan latihan berikut kecuali…
A.   Joging
B.   Berenang
C.   Latihan lari pecut
D.   Fartlek

40. Semasa melakukan latihan isotonik, terdapat dua kontraksi otot. Apakah dua kontraksi otot yang berkenaan ?

A.   Konsentrik dan konkrit
B.   Konkrit dan esentrik
C.   Esentrik dan konsentrik
D.   Konsentrik dan konkrit
41. Manakah antara berikut BUKAN merupakan contoh latihan isotonik ?

A.   Bicep curl dan dambell row
B.   Half Squat dan abdominal crunch
C.   Bench Press back extension
D.   Tarik tuala dan runtun siku

42. .. kemampuan otot untuk menghasilkan daya dan bagi mengatasi rintangan.  Apakah definisi untuk penyataan tersebut ?

A.   Daya tahan otot
B.   Kelenturan
C.   Kekuatan otot
D.   Koordinasi

43. Manakah antara berikut merupakan jenis latihan yang dapat meningkatkan kekuatan otot bahu?

A.   Half Squat
B.   Declined push up
C.   Abdominal Curl
D.   Latismus pull up

44. Kekuatan otot quadiceps dapat ditingkatkan dengan melakukan latihan khusus. Apakah jenis latihan yang berkaitan ?

A.   Half squat
B.   Bench press
C.   Leg extension
D.   Tricep extension

45. Berapakah intensiti latihan yang sesuai untuk meningkatkan kekuatan otot dengan kadar 3 -5 repetisi 1 set?

A.   50% hingga 60 % kekuatan maksimum
B.   60% hingga 70% kekuatan maksimum
C.   70% hingga 80% kekuatan maksimum
D.   80% hingga 90% kekuatan maksimum

46. Antara berikut, manakah otot yang terlibat semasa melakukan latihan “ Overhead Press”

A.   Deltoid, Triceps dan Trapezius
B.   Deltoid, trapezius, pectoralis major
C.   Biceps, deltoid dan triceps
D.   Biceps, elbow fleksor dan triceps

47. Semasa melakukan senaman tekan tubi, otot yang manakah yang terlibat secara langsung ?

A.   Pectoralis major dan Deltoid
B.   Pectoralis major dan trapezius
C.   Pectoralis major dan abdominal
D.   Biceps dan hamstring

48. Lat Pull down, merupakan latihan untuk meningkatkan kekuatan otot bahagian atas badan iaitu

A.   Biceps
B.   Soleus
C.   Rhomboids
D.   Trapezius

49. Lunge dan leg curl merupakan latihan untuk meningkatkan kekuatan otot pada bahagian bawah badan. Apakah otot utama yang telibat ?

A.   Quadriceps
B.   Hamstring
C.   Calf
D.   Gluteus

50. Manakah antara berikut merupakan faedah melakukan latihan kekuatan otot ?

A.   Meningkatkan saiz dan kekuatan otot
B.   Mengawal imbangan dan kestabilan badan
C.   Membina postur badan yang baik
D.   Tidak mudah diserang penyakit.




BAHAGIAN B                                                                      
20 MARKAH
________________________________________________________________________________

Sila tulis jawapan anda dalam ruangan yang disediakan menggunakan pen sahaja.

Soalan 1 berdasarkan Gambarajah 3 di sebelah.
 




1a)  Nyatakan bentuk badan seperti dalam gambarajah 3 di sebelah?

       ___________________________________________________
Gambarajah 3





(1 markah)
1b)  Senaraikan lima jenis penyakit yang berkaitan dengan gambarajah 3 di atas?

I.              ________________________________________________
II.            ________________________________________________
III.           ________________________________________________
IV.          ________________________________________________
V.           ________________________________________________
(5 markah)

2)    Isikan tempat kosong dengan BMI yang betul mengikut klasifikasi Standard Kecergasan Fizikal         Kebangsaan ( SEGAK )
UMUR
Kurang berat
Normal
Berisiko berat Berlebihan
Berat berlebihan








(5 markah)





2b)  Andaikan berat Mr X ialah 75kg  dan tinggi ialah 1.65m.  Kirakan BMI Mr X dan apakah     klasifikasi BMI beliau?  Sila tunjukkan langkah pengiraan di bawah.









        BMI = _________________               KLASIFIKASI BMI = ______________________________

(5 markah)
3 )   Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.
       
a)    ________________________________________ berlaku apabila terdapat hakisan dan luka pada lapisan perut atau usus.

b)    Kekurangan _____________________________________ menyebabkan pertumbuhan terbantut dan mudah diserang penyakit.

c)    Antara faktor utama yang menyebakan penyakit ________________________________ ialah pengambilan makanan yang berminyak dan lemak tepu seperti santan dan lemak haiwan dan makanan yang berkolestrol tinggi.

d)    Diabetis yang biasa menyerang orang yang berumur 40 tahun ke atas ialah ___________________________.
(5  markah)


Tiada ulasan: