Sedikit perkongsian untuk pembaca sekalian..
Orang yang sihat ialah orang yang tidak mengalami penyakit atau sakit dari aspek fizikal, mental dan emosi. Sebelum pergi lebih jauh, perlu difahami bahawa untuk sihat tidak cukup dengan melihat satu aspek sahaja. Misalnya ada orang berpendapat apabila bersenam dia sudah pun melakukan perkara yang sepatutnya untuk kekal sihat. Namun demikian, perkara ini tidak benar sama sekali. Bersenam merupakan salah satu aspek sahaja dalam amalan kesihatan. Di atas sudah dinyatakan tiga elemen kesihatan yang perlu. Diulangi semula iaitu fizikal, mental dan emosi.
Apa yang dimaksudkan sihat dari segi fizikal?
- memiliki bentuk tubuh yang sesuai dan menarik
- berat badan yang ideal
- BMI antara 19 - 25.
- dapat menggunakan semua anggota fizikal dengan baik
- boleh bergerak dengan baik dan selesa
- secara kosisten melakukan senaman / akviti fizikal
Apakah yang dimaksudkan sihat dari aspek mental?
- yang pasti ialah tidak gila
- dapat berfikir dengan rasional
- boleh membuat justifikasi yang tepat
- sentiasa positif
- tidak mudah tunduk kepada tekanan
- berpandangan jauh
Apakah yang dimaksudkan sihat dari aspek emosi
- tidak terlalu menurut perasaan ( emosional )
- sentiasa berasa tenang
- boleh menerima pendapat dan kritikan dengan terbuka
- tidak membiarkan perasaan negatif menguasai diri ( marah , sedih, kecewa )
- boleh menjaga emosi orang lain tampa menjejaskan perasaan sendiri
- menguasai teknik menenangkan jiwa / emosi / meditasi
- boleh meluahkan perasaan
- mempunyai ramai rakan dan berasa selesa dengan kelebihan dan kekurangan mereka
- tidak mudah melenting
Tiada ulasan:
Catat Ulasan