TAJUK
: STANDARD
KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK)
LATAR BELAKANG:
1.
Kertas
Kerja Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia telah
dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil. 4/2006 pada 23
Jun 2006 dan diluluskan.
2.
Kertas
Maklumat Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia
telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan pada 23
Januari 2007 dan diluluskan.
PENGISIAN UJIAN SEGAK
1.
Pengiraan
Indeks Jisim Badan
2.
Ujian
Naik Turun Bangku Selama 3 minit - untuk
mengukur dayatahan kardiovaskular.
Kebolehpercayaan ujian ialah 0.90 (mengikut protokol daripada YMCA
Fitness Testing And Assesting Manual fouth edition oleh Golding L. A., 2000).
3.
Ujian
Tekan Tubi Lelaki dan Tekan Tubi Separa Untuk Perempuan – untuk mengukur
dayatahan dan kekuatan otot tangan.
Kebolehpercayaan ujian ialah 0.93 (mengikut protokol daripada Johnson
dan Nieman, 1986)
4.
Ujian
Ringkuk Tubi Separa – untuk mengukur dayatahan dan kekuatan otot abdomen. Kebolehpercayaan
ujian ialah 0.82 (mengikut protokol daripada Nieman, 1999)
5.
Ujian
Jangkauan Melunjur – untuk mengukur kelenturan Kebolehpercayaan ujian ialah
0.94 (mengikut protokol daripada AAHPERD dalam buku YMCA Fitness Testing And
Assesting Manual fouth edition oleh Golding L. A., 2000).